Johnny Bikin Filem

Rating
159 Visits
0 Ratings
Duration:
0:21
Source:
YouTube
Author:
dinsmore69
Found: Nov 13, 2007
noir filem, Filem yang menjadi lagenda dari peristiwa pembikinannya, yang paling lama dalam sejarah pembikinan wayang gambar Melayu iaitu selama 15 tahun ini akhirnya akan menemui sekalian para penunggu yang menunggunya Januari 2008 nanti.selama ini bukan bersembunyi melarikan diri dari lorong ke lorong, atau berkurung di gua-gua gunung, atau berselimut di celah-celah rumah-rumah usang kerana ketakutan, tidak. Ya tidak. Hup, sebaliknya berjalan meredah masa demi masa untuk menempatkan dirinya pada waktu yang paling agung untuk muncul dan mengisi diri di panggung-panggung yang selama ini semakin kosong dan bingung. Dan panggung yang kosong lagi bingung ini tentu akan berasa tersangat mencabar dan kembali menjadi megah sebaik JOHNNY BIKIN FILEM berdiri dan menayangkan watak-wataknya pada zaman serba baru berbanding zaman ketika dia dilahirkan, dan zaman dia dibawa untuk bercerita tentangnya. Nah! Tunggu saat untuk bertemu JOHHNY BIKIN FILEM yang satu-satu ini.
Please note that Find Internet TV does not host any videos or allow users to upload videos. The video is provided and hosted from a third party server. The source is noted to the right of the video and depending on the source, the author and copyright may be listed as well. The information provided here is aggregated from the source and provided by video search engines. Find Internet TV does not host and is not responsible for the content.