PROJEK ZON INDUSTRI YAN (ZIPY) DITERUSKAN TANPA LIBATKAN PERPINDAHAN PENDUDUK KEDAH, 1 APRIL (tvpas)-Kerajaan Kedah bakal meneruskan Projek Zon Industri Petroleum Yan, yang melibatkan pembinaan paip gas sepanjang 300km dari Yan hingga ke Bachok, Kelantan. Projek berkenaan walaubagaimanapun tidak melibatkan perpindahan penduduk, sebaliknya menggunakan system penambakan bagi menjayakan projek berkenaan. Menurut Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, ini secara langsung akan menyelamatkan 3 ribu ekar tanah rakyat, selain menguntungkan kerajaan negeri sebanyak 5 peratus berbanding rancangan asal kerajaan BN Kedah, sebelum ini. Ujar Azizan lagi, sebelum ini kerajaan negeri telah berbincang dengan 5 syarikat yang terlibat dengan projek berkenaan, antaranya Merapoh Resources Sdn Bhd, Hijaz Refinery Sdn Bhd, Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd, Pristine Oil Malaysia Sdn Bhd dan SKS Devolepment Sdn Bhd. Projek ini bakal menarik pelaburan sebanyak RM 83 billion, diatas tanah seluas 360 hektar. Dalam sidang media berkenaan juga, Azizan turut ditanya mengenai fungsi penghulu dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Menurut Azizan, kerajaan negeri akan menguatkan peranan penghulu dengan lebih berkesan. http://www.tvpas.com/
Rating: (0 ratings) |
Views: 121 |
Added: Apr 2, 2008 |
| Category: News |
Author: batugiling |
|
|